Perasaan hasad dengki (PHD), iri hati, cemburu melihat kejayaan dan kebahagiaan orang lain,...semua tu penyakit hati yang kadang kala kita tidak sedar menular dan merebak dalam diri. Jom, mari kita sama-sama amalkan potongan doa di bawah ni. Mudah-mudahan kita dapat hindar perasaan tidak baik ini dari terus bersarang di hati.
Insyaallah saya ada beberapa tips yang boleh dilakukan dalam menghadapi manusia-manusia yang iri hati kepada kita. Diantaranya adalah :
1. Menjaga Sikap Dan Ucapan
Kita perlu bermuhasabah diri kita yang menyebabkan kenapa sahabat atau orang disekeliling kita merasa iri hati kepada kita. Kadangkala kita tidak menyedari bahawa ucapan atau sikap yang kita tunjukkan membuat orang lain sakit hati, sedih atau marah.
2. Mengelakkan Diri
Apabila kita menghadapi situasi di mana kita berhadapan dengan sahabat atau orang yang iri hati dan terpancing emosinya, sebaiknya kita menghindar diri buat sementara waktu.
Jangan mendekati orang tersebut dan carilah tempat yang membuat kita selesa.
Sebagai seorang muslim, kita digalakkan untuk segera berwuduk kerana dengan berwuduk akan dapat menenangkan fikiran kita.
3. Berbincang Dari Hati ke Hati
Ajak orang tersebut bercakap dari hati ke hati. Tanyakan apa yang membuatkan dia terasa hati, dan jangan lupa untuk memohon maaf apabila kita salah dalam sikap dan ucapan kita.
Kerana manusia tidak lepas daripada melakukan kesalahan.
4. Mengelakkan Iri Hati Dengan Berdoa
Apabila kita telah melakukan kesemua tips diatas tadi, tetapi belum juga berhasil, maka langkah terakhir kita adalah berdoa kepada Allah, menyerahkan semuanya kepada Allah.
Memohon agar sahabat, jiran tetangga dan orang yang merasa iri hati kepada kita dilembutkan hatinya dan dihilangkan penyakit hatinya kerana sifat iri itu merupakan penyakit hati.
****
Semoga apa yang dikongsikan dalam artikel ini dapat membantu saudara-saudari pembaca blog ini menghadapi masalah sedemikian. Jika ada kekurangan, saya memohon maaf dan apa yang baik datang dari Allah, yang buruk dari saya sendiri.
0 Response to "Iri Hati Dan Dendam Adalah Sifat Manusia.. Amalkan Ayat Ini Setiap Hari Agar Dapat Dihindarkan.. "
Catat Ulasan